PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2025 Ahad, Seluruh NADI di Malaysia telah mengadakan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI. Program ini julung kali diadakan semenjak penubuhan NADI Malaysia dengan penglibatan Menteri Komunikasi YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Bagi merancakkan lagi program, NADI Sebandi Ulu telah menggerakkan pelbagai aktiviti bagi memastikan tarikan kepada pengunjung berada pada tahap optimum. Diantara aktiviti yang telah dijalankan turut melibatkan perkhidmatan pintar seperti Mydigital ID, Saringan Kesihatan, E-sport, Studio Sihat, Siaran Ulangan Kemerdekaan, Wayang Pacak Sarjan Hassan, Sesi Live bersama YB Menteri dan pelbagai aktiviti yang menarik dibawah perlaksanaan NADI-2U. Pihak NADI Sebandi Ulu amat berbangga dan berterima kasih diatas komitmen yang diberikan. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pembelajaran secara maya
- Aktiviti 4U & 2U
- Live bersama YB Menteri
- Penyampaian Hadiah dan Saguhati
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: