dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI 2U – PROMOSI PERKHIDMATAN PINTAR NADI @PROGRAM KERJAYA SEMPENA KARNIVAL KO-AKADEMIK DI SMK ASAJAYA

2 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Oktober 2025 Rabu, NADI Sebandi Ulu bersama NADI Kluster Asajaya & Simunjan telah berjaya memenuhi jemputan daripada SMK Asajaya untuk sama-sama menyertai Program Kerjaya Sempena Karnival Ko-Akademik. Diantara agensi-agensi lain yang terlibat sama ialah PTPTN, YAYASAN SARAWAK, BAITULMAL, UNITAR, SIDMA KOLEJ, UiTM, CYBERJAYA COLLEGE, UNIMAS, IPG SAMARAHAN, MASHA UNIVERSITY dan banyak lagi. Peluang yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada NADI Sebandi Ulu tidak disia-siakan dan telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Diantara pengisian yang telah diterapkan sepanjang program ini ialah seperti penerangan perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI, pendedahan portal NADI Sebandi Ulu, jualan promosi usahawan bimbingan NADI Sebandi Ulu, promosi keahlian percuma, saringan kesihatan,dan pelbagai lagi. Pihak NADI amat berharap dengan program seperti ini dapat memberi impak positif kepada para pelajar sekolah sekaligus memberi nilai tambah dalam penilaian kendiri setelah menamatkan zaman persekolahan kelak.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran
  • Saringan Kesihatan
  • Penerangan perkhidmatan pintar
  • Jualan Usahawan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.