KELAS ASAS POWERPOINT UNTUK PELAJAR SEKOLAH
26 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2025 - Selasa, bermula jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Asas Powerpoint. Kelas ini memberi pengalaman dan kemahiran menggunakan Powerpoint. Para peserta telah diajar menggunakan Google dan Powerpoint untuk mencari kandungan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Para peserta yang juga terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diberi pendedahan secara berkala berkenaan penggunaan microsoft office dan beberapa latihan asas secara kelas berperingkat untuk memastikan para peserta terus terdedah dengan penggunaan Microsoft Office. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti hujung minggu dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan Aplikasi.
- Latihan.
- Penerangan sumber rujukan.
- Praktikal .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: