NADI 2U – PENDEDAHAN PERKHIDMATAN PINTAR & KELAS MAHIR MASAK CARA PEMBUATAN PIE QUICHE
26 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2025 - Selasa, bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas pengenalan kepada NADI 2U pendedahan kepada perkhidmatan pintar dan kelas mahir masak cara pembuatan Pie Quiche. Para peserta merupakan terdiri daripada golongan dewasa dan suri rumah tangga telah berjaya menghadirkan diri. Pada jam 9.00 pagi peserta telah diberi pendedahan berkenaan lain-lain perkhidmatan yang disediakan NADI, tatacara pendaftaran peserta dalam Mahir Training System dan jenis-jenis mahir yang ditawarkan kepada peserta. Tepat jam 9.30 pagi, bermulanya kelas mahir masak cara pembuatan Pie Quiche. Antara kandungan pembelajaran ialah resipi, teknik penyediaan step-by-step, tips dan trik agar quiche anda menjadi sempurna daripada segi rasa , rupa & tekstur. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Pesert ajuga banyak berinteraksi dengan cikgu di ruangan chat live youtube. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama golongan dewasa dan suri rumah tangga.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pengenalan Perkhidmatan pintar.
- Taklimat oleh tenaga pengajar mahir masak.
- Soalan dan jawapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: