dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KELAS ASAS KEUSAHAWANAN PEMASARAN DIGITAL TIKTOK

26 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2025 - Selasa, bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 petang, NADI Sebandi Ulu telah menyediakan ruang untuk peserta menghadiri kelas Asas Keusahawanan Pemasaran Digital Tiktok di platform Webex. Program latihan ini dianjurkan oleh MYFutureJobs dan TikTok Shop secara dalam talian. Petugas NADI Sebandi Ulu mengambil peluang ini untuk sama-sama menimba ilmu pengetahuan bersama peserta. Diantara pengisian kandungan pembelajaran ialah pemahaman Niche dan Produk yang mana memberi jawapan kepada persoalan:
i. Apa jenis produk yang saya ingin jual atau promosikan?
ii. Adakah produk ini mempunyai permintaan tinggi di TikTok Shop?
iii. Siapa pesaing utama saya dalam niche ini, dan bagaimana saya boleh tampil berbeza?
iv. Adakah saya mahu fokus kepada kategori tertentu (contoh: elektronik, kecantikan, fesyen, makanan dll.)?
v. Bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah pengguna melalui produk ini?

Pelbagai kandungan penting mengenai selok belok dan tip mengenai TikTok telah dikongsi dengan peserta. Semoga dengan perkongsian kali ini dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada peserta.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Pengenalan Tiktok.
  • Perbincangan petugas dan peserta.
  • Taklimat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.