NADI X KEUSAHAWANAN – BAZAR RAYA & BELAJAR @NADI
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025 – Sabtu, bermula pada jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang, sesi webinar tambahan kepada aktiviti BAZAR RAYA di NADI dalam talian terus diisi dengan slot keusahawanan. Para peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah telah terus menceriakan BAZAR RAYA di NADI Sebandi Ulu. Diantara kandungan pembelajaran ialah pembikinan poster perniagaan dengan meggunakan aplikasi CANVA. Para peserta juga telah diberi pendedahan kepada asas keusahawanan, peluang dalam perniagaan dan perniagaan atas talian. Semoga dengan ilmu yang dikongsi oleh penceramah jemputan dan petugas NADI sedikit sebanyak dapat membantu peserta merealisasikan impian mereka. Kami pengurusan NADI Sebandi Ulu merakamkan jutaan terima kasih kepada para peserta kerana terus menerus memberi komitmen kepada setiap program yang dijalankan di premis NADI Sebandi Ulu.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pembelajaran secara maya.
- Soalan dan Jawapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: