dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X LIFELONG LEARNING – DILEA - WEBINAR BAHASA MELAYU

23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2025 – Sabtu, bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang, NADI X Lifelong Learning Dilea kali ini menampilkan pembelajaran secara atas talian dengan menyediakan webinar slot program khas berkala Bahasa Melayu. Program ini mensasarkan para peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah atas iaitu para pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Kali ini, NADI Sebandi Ulu telah berjaya mendapatkan peserta daripada kalangan pelajar tingkatan 4. Usaha untuk mencari seberapa ramai yang mungkin untuk menyertai sesi ini agak mencabar kerana rata-rata pelajar yang ditemui memaklumkan bahawa jadual hujung minggu mereka telah penuh dengan kelas tambahan. Sesi ini telah menampilkan Cikgu Hasrah daripada guru KPM yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran. Bagi edisi pertama, kandungan seperti Tatabahasa, Pemahamam dan Rumusan telah diketengahkan untuk pembelajaran secara atas talian minggu pertama. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Pengenalan.
  • Penerangan oleh penceramah.
  • Soalan & Jawapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.