dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X CYBERSECURITY – CAPTURE THE FLAG – TEKNOLOGI SUMBER TERBUKA PEMULAA II

23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2025, Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program NADI X Cybersecurity telah meneruskan pembelajaran atas talian dengan tajuk Teknologi Sumber Terbuka Pemula II. Sesi bengkel teknologi sumber pemula II ini telah dijayakan dengan penyertaan tenaga pengajar yang berkaliber iaitu cikgu Syirazi, cikgu Azwan, cikgu Mus dan cikgu Naqib. Antara isi kandungan bengkel kali ialah
i. Pengenalan GIT
ii. Cara penggunaan GIT
iii. Mengapa para Hacker dan pakar IT menggunakan GIT
iv. Mendalami teknologi sumber terbuka

Kami urusetia program Smart Services NADI Sebandi Ulu merakamkan penghargaan kepada Encik Zamri Bin Kadir yang tanpa jemu untuk terus menghadiri setiap sesi bengkel yang dijalankan sekaligus menyertai pertandingan CTF. Pertandingan Capture The Flag merupakan latihan yang bertujuan menguji kemahiran peserta dalam pelbagai aspek keselamatan siber. Dalam CTF, peserta, samada secara individu atau dalam kumpulan, perlu menyelesaikan cabaran atau tugasan tertentu untuk mendapatkan “flag,” iaitu kunci maya yang menjadi bukti bahawa cabaran tersebut berjaya diselesaikan. Sepanjang program ini, apa yang para peserta akan perolehi ialah latihan keselamatan siber bertaraf profesional, kemahiran pertahanan rangkaian komputer (network defense) yang kukuh dan pengalaman meneroka cabaran Capture The Flag. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Pembelajaran secara maya.
  • Soalan dan Jawapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.