NADI 2U – PENDEDAHAN PERKHIDMATAN PINTAR – KELAS CANVA, MEMBACA & MICROSOFT OFFICE
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2025 - Ahad, bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 petang, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas pengenalan kepada NADI 2U – Pendedahan kepada perkhidmatan pintar, kelas CANVA, kelas membaca & Microsoft Office. Kelas ini memberi pengenalan kepada para peserta mengenai perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI Sebandi Ulu. Selain itu para peserta yang juga terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diberi pendedahan secara berkala berkenaan penggunaan microsoft office dan beberapa latihan asas. Pendedahan kepada keutamaan dalam keselamatan ketika diatas talian turut diberi penekanan. Selain itu, kelas membaca juga dilaksanakan setelah mendapati ada pelajar darjah 1 yang hadir belum fasih membaca. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti hujung minggu dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pengenalan Perkhidmatan pintar.
- Latihan CANVA, membaca, microsoft office.
- Penerangan sumber rujukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: