PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI – BAZAR RAYA NADI MALAYSIA – PERINGKAT NADI SEBANDI ULU
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025 – Sabtu, bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang, Program Hari Bersama Komuniti – Bazar Raya NADI Malaysia peringkat NADI Sebandi Ulu telah rancak diadakan. Pelbagai pengisian telah diatur bagi memastikan para tetamu mendapat input yang bermanfaat seperti pameran perkhidmatan pintar keusahawanan, jualan produk usahawan, taklimat keusahawanan, webinar NADI X Kidventure, NADI X Kesedaran, NADI X Keusahawanan turut serentak diadakan. Para pengujung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran harga jualan yang cukup menarik dan mampu beli. Disamping itu peniaga juga turut mngambil kesempatan dengan mempromosikan jualan dengan alternatif aplikasi TikTok agar terus mendapat sambutan. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Taklimat daripada petugas NADI.
- Latihan Menaip.
- Taklimat keusahawanan.
- NADI X Kesedaran.
- NADI X Keusahawanan.
- Jualan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: