dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X AWARENESS - SAFE & SHIELD, LITERASI DIGITAL, ICT & E-LEARNING

24 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2025 – Ahad bermula jam 9.00pagi sehingga 12.00tengahari, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Safe & Shield, Literasi Digital, ICT & E-Learning. Kelas ini memberi penekanan kepada penggunaan PC dan peralatannya disamping memberi pendedahan kepada kaedah pencarian sumber rujukan untuk melaksanakan tugasan. Selain itu peserta juga diberi penilaian melalui tugasan dan praktikal berkaitan penggunaan microsoft office. Para peserta turut diberi pendedahan berkaitan E-learning yang mana MAXIS E-kelas telah diberi tumpuan sebagai salah satu medium pembelajaran atas talian. Pendedahan kepada keutamaan dalam keselamatan ketika diatas talian turut diberi penekanan. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti hujung minggu dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Penerangan literasi.
  • Latihan Menaip.
  • Penerangan sumber rujukan.
  • Praktikal .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.