dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM LIBAT URUS BERSAMA JAPEN & KOMUNITI MADANI – KELAS PERTAMA - ICT

23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2025 Sabtu bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi, Program libat urus bersama JAPEN dan Komuniti MADANI bagi kelas pertama telah berjaya dilaksanakan di NADI Sebandi Ulu. Penglibatan seramai 10 orang Komuniti MADANI telah merancakkan program dengan pengisian dengan pelbagai input pengajaran. Selain daripada pendedahan dan perkongsian asas ilmu ICT, NADI Sebandi Ulu juga telah menjemput penceramah bebas daripada usahawan yang berdaftar dengan NADI Sebandi Ulu untuk berkongsi kisah perniagaan dan perkongsian panduan kaedah pemasaran platform media sosial. Disamping itu para peserta juga telah diberi tugasan pertama iaitu pengucapan awam, bertujuan untuk membina keyakinan diri dan memahami peribadi agar peserta tahu peranan dan matlamat program berdasarkan harapan yang diingini setiap peserta setelah habis program sekitar bulan Disember 2025 nanti. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Taklimat daripada petugas NADI.
  • Ceramah usahawan jemputan.
  • Taklimat ICT.
  • Pengucapan Awam.
  • Soalan & Jawapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.