NADI X AWARENESS – KELAS CAPTURE THE FLAG
23 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2025, Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program NADI X AWARENESS sekali lagi telah mengadakan satu sesi pembelajaran atas talian Capture The Flag. Encik Zamri Bin Kadir yang mewakili NADI Sebandi Ulu telah berjaya menghadirkan diri. Pertandingan Capture The Flag merupakan latihan yang bertujuan menguji kemahiran peserta dalam pelbagai aspek keselamatan siber. Dalam CTF, peserta, samada secara individu atau dalam kumpulan, perlu menyelesaikan cabaran atau tugasan tertentu untuk mendapatkan “flag,” iaitu kunci maya yang menjadi bukti bahawa cabaran tersebut berjaya diselesaikan. Sepanjang program ini, apa yang para peserta akan perolehi ialah latihan keselamatan siber bertaraf profesional, kemahiran pertahanan rangkaian komputer (network defense) yang kukuh dan pengalaman meneroka cabaran Capture The Flag. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pembelajaran secara maya.
- Soalan dan Jawapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: