dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM LIBAT URUS BERSAMA JAPEN & KOMUNITI MADANI

22 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2025 – Isnin, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi, Program libat urus bersama JAPEN dan Komuniti MADANI bagi kelas ganti untuk minggu pertama April 2025 sekali lagi telah merancakkan aktiviti bulanan yang diadakan secara berkala di premis NADI Sebandi Ulu. Pelbagai pengisian telah diatur bagi memastikan para peserta mendapat input yang bermanfaat dan padat dengan kandungan ilmiah. Pada sesi kelas yang berdurasi satu jam ini, kandungan pembelajaran seperti latihan menaip yang memberi fokus kepada para peserta untuk familiar dengan kedudukan huruf pada papan kekunci dan adaptasi kemahiran ict yang berkaitan. Disamping itu para peserta juga telah diajar untuk menggunakan aplikasi CANVA untuk kandungan pembelajaran membuat poster. Bagi kelas kali ini, banyak muka baharu yang turut serta dalam program libat urus bersama Komuniti MADANI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Taklimat daripada petugas NADI.
  • Taklimat ICT & CANVA.
  • Soalan & Jawapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.