NADI X AWARENESS - CYBERSECURITY – CAPTURE THE FLAG –PENGATURCARAAN UNTUK PEMULA II
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025, Sabtu bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Program NADI X Cybersecurity telah meneruskan pembelajaran atas talian dengan tajuk Pengaturcaraan Untuk Pemula II. Sesi kali ini telah dijayakan dengan penyertaan tenaga pengajar yang berkaliber iaitu cikgu Syirazi, cikgu Azwan, cikgu Mus dan cikgu Naqib. Antara isi kandungan bengkel kali ialah
i. Cara gunakan pembolehubah dan operator seperti seorang pro Cara penggunaan GIT
ii. Menulis logik dengan if, else, and, or, not yang mantap
iii. Faham konsep loop (for & while) untuk ulang kerja automatik
iv. Kenali dan bina fungsi sendiri dengan def!
v. Level up dari cetak “Hello World” kepada kod sebenar yang berguna
( DAH BOLEH PRINT “HELLOWORLD”? MASA UNTUK LEVEL UP!
Masih guna print("Hello") setiap kali buka Python?
Jom naik ke tahap seterusnya dengan kod yang lebih power dan berguna!
Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pembelajaran secara maya.
- Soalan dan Jawapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: