KELAS ASAS ICT
14 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2025 - Ahad, bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Asas ICT. Kelas ini telah mensasarkan pelajar sekolah rendah dan tadika. Diantara kandungan pembelajaran yang telah diberikan tumpuan ialah pengenalan kepada peralatan komputer dan aplikasi. Para peserta juga telah diberikan latihan asas menaip bagi mengenal pasti kedudukan huruf pada papan kekunci (keyboard) agar seragam dengan tulisan yang telah disertakan. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti hujung minggu dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Asas ICT.
- Latihan Menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: