NADI X LIFELONG LEARNING – DILEA - WEBINAR BERKALA SEJARAH
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025 – Sabtu, bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang, NADI X Lifelong Learning Dilea kali ini menampilkan pembelajaran secara atas talian dengan menyediakan webinar slot program khas berkala Sejarah. Program ini mensasarkan para peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah atas iaitu para pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Bagi edisi pertama ini, Cikgu Faris yang merupakan panel perunding mata pelajaran Sejarah negeri Johor telah diberi tanggungjawab untuk mendidik para peserta. Diantara isi kandungan perkongsian ilmu tersebut ialah kaedah pembacaan aktif SQ3R dan pengambilan nota sistem Cornell. Semoga Program Khas ini sedkit sebanyak dapat memberi impak kepada para pelajar terutamanya ketika menghadapi peperiksaan SPM kelak.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pengenalan.
- Penerangan oleh penceramah.
- Soalan & Jawapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: