KELAS ASAS RESUME
10 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09 April 2025 - Rabu, bermula jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang, NADI Sebandi Ulu telah berjaya mengadakan Kelas Asas Resume kepada salah seorang komuniti tempatan yang giat berusaha mencari peluang pekerjaan baharu setelah syarikat tempat beliau bekerja terpaksa melaksanakan Voluntary Separation Scheme (VSS). Maka disinilah peranan NADI Sebandi Ulu kepada komuniti agar golongan seperti beliau terus diberi pendedahan dan sokongan agar tetap terus berdaya saing didalam dunia pekerjaan. Penggunaan CANVA sebagai medium untuk penghasilan RESUME yang kreatif dan berimpak telah diberi tumpuan dengan bantuan dan bimbingan yang menyeluruh agar peserta dapat memahami kehendak dan arah tuju setelah beliau mendapat pekerjaan tersebut kelak. Sepanjang kelas diadakan peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti sekitar.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan CANVA.
- Perbincangan isi kandungan RESUME.
- Penerangan sumber rujukan.
- Praktikal .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: