Nadi X Cybersecurity – Capture The Flag – “Teringin Nak Jadi Hacker Kuasai Css & Javascript Dulu”
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2025, Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program NADI X Cybersecurity telah meng “Teringin Nak Jadi Hacker Kuasai CSS & JavaScript Dahulu”. Sesi bengkel teknologi web pemula ini telah dijayakan dengan penyertaan tenaga pengajar yang berkaliber iaitu cikgu Syirazi, cikgu Azwan, cikgu Mus dan cikgu Naqib. Antara isi kandungan bengkel kali ialah
i. Asas CSS & JavaScript untuk kawal dan bina laman web
ii. Fungsi web
iii. Langkah pertama ke arah dunia cybersecurity & ethical hacking
Kami urusetia program Smart Services NADI Sebandi Ulu merakamkan penghargaan kepada Encik Zamri Bin Kadir yang tanpa jemu untuk terus menghadiri setiap sesi bengkel yang dijalankan sekaligus menyertai pertandingan CTF. Pertandingan Capture The Flag merupakan latihan yang bertujuan menguji kemahiran peserta dalam pelbagai aspek keselamatan siber. Dalam CTF, peserta, samada secara individu atau dalam kumpulan, perlu menyelesaikan cabaran atau tugasan tertentu untuk mendapatkan “flag,” iaitu kunci maya yang menjadi bukti bahawa cabaran tersebut berjaya diselesaikan. Sepanjang program ini, apa yang para peserta akan perolehi ialah latihan keselamatan siber bertaraf profesional, kemahiran pertahanan rangkaian komputer (network defense) yang kukuh dan pengalaman meneroka cabaran Capture The Flag. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pembelajaran secara maya
• Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: