Nadi X Skillforge - Mahir Baiki Gajet – Kelas Akhir
7 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mei 2025 – Selasa, bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas NADI X-Skillforge Mahir Baiki Gajet kelas akhir telah melabuhkan tirai untuk sesi ini. Kelas terakhir ini telah memberi pemberi pendedahan kepada karier atau bidang kerjaya yang akan diceburi setelah tamat kursus dan kesinambungan untuk pembelajaran di luar talian selain daripada platform yang telah disediakan di NADI. Pihak NADI Sebandi Ulu merakamkann jutaan terima kasih kepada para peserta iaitu Encik Latif dan Encik Zamri yang berasal dari Kampung Sambir kerana memberi komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus diadakan. Kami juga mendoakan semoga ilmu yang dipelajari akan memberi manfaat kepada mereka. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pembelajaran secara maya
• Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: