Nadi 2u – Nadi 2u Kelas Ict & Microsoft Office Sesi 1 Bulan Mei
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mei 2025 - Sabtu, bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari, NADI Sebandi Ulu telah menyediakan slot NADI 2U dengan mengadakan kelas ICT & Microsoft Office. Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diberi pendedahan secara berkala berkenaan penggunaan microsoft office dan beberapa latihan asas agar para peserta terus menerus mendapat latihan pengukuhan sekaligus dapat menerapkan kemahiran dalam diri masing-masing. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti hujung minggu dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Penerangan Asas ICT & Microsoft office
• Penerangan sumber rujukan
• Praktikal
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: