Nadi 2u – Bantuan Kerajaan & Bantuan Pendahuluan Ke Ipta
26 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 September 2025 Khamis, petugas NADI Sebandi Ulu telah membantu komuniti setempat yang memerlukan khidmat sokongan, konsultasi dan bantuan kerajaan seperti STR, SKAS, SARA, dan bantuan pendahuluan melanjutkan pengajian ke IPTA. Setiap kali kemasukan baharu ke IPTA kebiasaannya NADI Sebandi Ulu akan menerima kunjungan daripada ibubapa yang memiliki anak yang berjaya menempatkan diri ke IPTA untuk bertanyakan mengenai pendapat petugas mengenai tawaran kursus yang ditawarkan, kos pengajian, bantuan pendahuluan dan pelbagai lagi.
Pihak NADI Sebandi Ulu akan sentiasa memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada pengunjung demi memastikan perkara-perkara yang dibincangkan mendapat perhatian daripada pihak ketiga seperti Ahli Dewan Undangan Negeri & Ahli Parlimen setempat. Selain itu terdapat juga pengunjung disaat akhir masih berurusan dengan bantuan seperti STR, SKAS dan SARA turut mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak NADI akan memastikan apa saja permasalahan mereka akan diselesaikan dengan sebaik mungkin. Semoga kepakaran dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan komuniti setempat.
Intipati aktivit adalah seperti berikut:
• Perbincangan dan konsultasi
• Semakan dalam talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: