Nadi X Awareness – Taklimat Pertandingan Capture The Flag
3 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 2 Februari 2025 hari Ahad bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program NADI X AWARENESS telah mengadakan satu taklimat pertandingan Capture The Flag. NADI Sebandi Ulu telah berjaya mendaftar seorang peserta yang mana telah berjaya melalui peringkat saringan. Tahniah diucapkan kepada Encik Zamri Bin Kadir yang berasal dari Kampung Sambir Asajaya. Pertandingan Capture The Flag merupakan latihan yang bertujuan menguji kemahiran peserta dalam pelbagai aspek keselamatan siber.
Dalam CTF, peserta, samada secara individu atau dalam kumpulan, perlu menyelesaikan cabaran atau tugasan tertentu untuk mendapatkan “flag,” iaitu kunci maya yang menjadi bukti bahawa cabaran tersebut berjaya diselesaikan. Sepanjang program ini, apa yang para peserta akan perolehi ialah latihan keselamatan siber bertaraf profesional, kemahiran pertahanan rangkaian komputer (network defense) yang kukuh dan pengalaman meneroka cabaran Capture The Flag. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pembelajaran secara maya
• Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: