dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi 2u – Pendedahan Perkhidmatan Pintar & Microsoft Office

19 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2025 - Selasa, bermula jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan sesi NADI 2U yang mana objektif program ialah mendedahkan perkhidmatan pintar yang disediakan oleh NADI Sebandi Ulu. Disamping itu kelas pengenalan kepada Microsoft Office turut dijalankan sebagai pelengkap kepada kemahiran asas menggunakan pc. Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diberi pendedahan secara berkala berkenaan penggunaan microsoft office dan beberapa latihan asas. Pendedahan kepada keutamaan dalam keselamatan ketika diatas talian turut diberi penekanan. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti nuzul Al-quran dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.

Intipati program adalah seperti berikut:
• Pendedahan Perkhidmatan Pintar
• Latihan Menaip
• Penerangan sumber rujukan
• Praktikal

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.