Nadi X Lifelong Learning – Dilea - Webinar Bahasa Inggeris
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025 – Sabtu, bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang, NADI X Lifelong Learning Dilea kali ini menampilkan pembelajaran secara atas talian dengan menyediakan webinar slot program khas berkala Bahasa Inggeris. Program ini mensasarkan para peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah atas iaitu para pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Kali ini jurulatih pakar daripada School Improvement iaitu Puan Nurlina Oon telah dijemput untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Edisi kali ini juga telah membincangkan tajuk Vocabulary Thematic Grammar sebagai kandungan pengisian kandugan pembelajaran atas talian untuk manfaat para peserta. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pengenalan
• Penerangan oleh penceramah
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: