Kelas – Nadi X – Skillforge - Mahir Baiki Gajet
15 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2025 bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kelas NADI X-Skillforge Mahir Baiki Gajet terus mengorak langkah dalam memperkasakan peserta dengan ilmu teknikal melalui platform perkhidmatan pintar (NADI Smart Services). Kelas ini telah diadakan secara atas talian bagi tempoh perlaksanaan 1 jam setiap minggu dan diadakan selama 6 bulan. Peserta akan diajar secara teori dan praktikal.
Kesemua bahan dan peralatan pembelajaran secara fizikal disediakan oleh NADI. Pihak NADI Sebandi Ulu amat mengalu-alukan penyertaan daripada komuniti setempat untuk merebut peluang seperti ini. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pembelajaran secara maya
• Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: