Program Reach Jom Saring Edisi Nadi Sebandi Ulu
14 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2025 Sabtu, Pihak MRIC Healthcare Sdn Bhd telah mengadakan sesi jelajah Reach Jom Saring bagi wilayah Sarawak dan kali ini telah singgah ke NADI Sebandi Ulu. Pelbagai perkhidmatan berkaitan saringan kesihatan telah disediakan kepada komuniti seperti tekanan darah, kandungan gula dalam darah, kolestrol dan konsultasi doktor.
Selain itu kiosk keusahawanan juga turut disediakan bagi memberi peluang kepada usahawan NADI Sebandi Ulu untuk bersama memeriahkan program ini. Setinggi penghargaan kepada komuniti setempat kerana telah memberi kerjasama dan penglibatan didalam setiap program yang dijalankan oleh NADI Sebandi Ulu. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Saringan kesihatan
• Konsultasi Doktor
• Kiosk Keusahawanan
• Penyampaian Hadiah dan Saguhati
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: