Taklimat Penggunaan Sebenarnya.My Dan Chatbot Aifa Kepada Petugas Nadi
13 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 March 2025 Rabu, Petugas NADI Sebandi Ulu telah mengikuti Taklimat Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA. Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan. Semoga dengan adanya taklimat ini dapat membantu petugas NADI Sebandi Ulu untuk menyampaikan input yang positif kepada komuniti.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Penerangan Portal Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA
• Soal Jawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: