Kelas Literasi Digital, ICT & E-Learning
24 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2024 – Sabtu, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Literasi Digital dan ICT. Kelas ini memberi penekanan kepada penggunaan PC dan peralatannya disamping memberi pendedahan kepada kaedah pencarian sumber rujukan untuk melaksanakan tugasan. Selain itu peserta juga diberi penilaian melalui tugasan dan praktikal berkaitan penggunaan microsoft office. Para peserta turut diberi tugasan berkaitan E-learning yang mana MAXIS E-kelas telah diberi tumpuan sebagai salah satu medium pembelajaran atas talian. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti hujung minggu dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan literasi.
- Latihan Menaip.
- Penerangan sumber rujukan.
- Praktikal .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: