Program Jelajah Sekolah - S.K Haji Kelali Semera & S.K Jemukan
14 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2024 - Rabu, Program Jelajah Sekolah peringkat NADI Kluster Asajaya & Simunjan telah berjaya diadakan di S.K Haji Kelali Semera dan S.K Jemukan Sadong Jaya. Program yang diadakan di S.K Haji Kelali yang telah dilaksanakan pada sebelah pagi berjaya menghimpunkan para pelajar, guru dan pelajar prasekolah dengan jumlah lebih kurang 500 orang. Manakala S.K Jemukan Sadong telah berjaya menghimpunkan pelajar dan guru sebanyak lebih kurang 100 orang. Program Jelajah Sekolah ini telah mengenengahkan lima asas perkhidmatan pintar yang di sediakan oleh NADI Malaysia yang mana memberi penekanan kepada NADI X Safe & Shield. Rangkuman kandungan ceramah adalah berkaitan kesedaran ketika di atas talian beserta saringan kesihatan kepada para peserta. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi rujukan serta panduan kepada para peserta mengenai keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab berkaitan digitalisasi. Semoga perkhidmatan yang ditawarkan NADI memberi impak positif kepada komuniti.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Jom kenali NADI.
- Ceramah NADI X Safe & Shielf.
- Saringan kesihatan.
- Hadiah & Cenderahati.
- Tayangan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: