dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Penghargaan Rakan Digital NADI Sebandi Ulu

2 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Encik Mohd Khamizan Bin Rajan mula berkhidmat sebagai Rakan Digital di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Sebandi ulu pada 25 Julai 2022 sehingga 28 Jun 2024. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Beliau juga banyak memainkan peranan yang penting dalam kerja berpasukan dan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya penglibatan di dalam sukan bola keranjang peringkat daerah Asajaya. Sepanjang menjawat sebagai Rakan Digital, beliau telah memanfaatkan sepenuhnya peranan ini agar komuniti sekitar Asajaya yang berminat dengan alam perniagaan terus diberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya. Kami petugas NADI Sebandi Ulu amat berbesar hati dan berterima kasih diatas semangat kerja yang ditampilkan. Semoga beliau terus berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Penyampaian Sijil Penghargaan.
  • Sesi Bergambar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.