dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong (Sekolah Menengah) Dan Sesi Pengenalan Kelas Sepanjang 2022

19 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2022, sekitar jam 2.30 petang, sesi bersama pelajar sekolah menengah telah diadakan. Sesi ini telah memberi laluan kepada pelajar sekolah menengah untuk sama-sama memahami konsep bersuara bukan kebebasan berbohong. Petugas PEDi Sebandi Ulu telah menyediakan kelas-kelas berkaitan kepada kumpulan sasaran ini agar mereka terdedah sepenuhnya kepada kempen ini. Hak kebebasan bersuara semestinya adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia, namun begitu hak tersebut perlu sejajar dengan keharmonian negara dan kearah masyarakat yang lebih bertanggungjawab. Antara penekanan yang telah diterapkan kepada peserta ialah beringat bila bercakap, bercakap benar, bijak menilai, luahkan pendapat berdasarkan fakta dan beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian. Semoga usaha seperti ini para peserta dapat memahami dan sekaligus menjadikan ia sebagai panduan ketika diatas talian. Selain itu pendedahan kepada perancangan sepanjang tahun 2022 bagi PEDi Sebandi Ulu turut mengambil tempat.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Penerangan
  • Soalan & Jawapan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.