Bimbingan Permohonan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Dan MySalam
13 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah membantu beberapa penduduk kampung dalam urusan permohonan Baitulmal, Jabatan Kebajikan dan tuntutan Mysalam. Beberapa hari telah diperuntukkan bagi memastikan dokumen adalah lengkap disediakan sebelum membuat permohonan di dalam talian. Mereka telah didedahkan kaedah permohonan dan semakan permohonan sekiranya ingin melakukan sendiri. Selain itu isu-isu keselamatan ketika berurusan secara dalam talian juga turut dititik beratkan agar mereka sentiasa berwaspada. Diantara intipati yang sepanjang program dilaksanakan ialah kaedah tuntutan hospitalisasi yang melibatkan pesakit yang disahkan mempunyai sakit kritikal ataupun kuarantin sepanjang positif Covid-19. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat setempat.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan kepada portal permohonan
- Asas penggunaan ICT
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: