dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi Buli Siber

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Advokasi Buli Siber untuk pelajar sekolah rendah. Perbuatan buli siber merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan , mendatangkan kemarahan dan dan memalukan seseorang dengan menggunakan kemudahan komunikasi menggunakan teknologi seperti teks, laman sosial, emel dan sebagainya. Selain itu gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Kesan yang akan dilalui oleh mangsa antaranya ialah kemurungan, berdiam diri dan takut untuk bergaul dengan orang lain. Antara langkah menangani buli siber adalah dengan berkongsi masalah kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa, berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemulihan kepada mangsa. Harus diingat bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat setempat dan pelajar sekolah.

Intipati program seperti berikut:

  • Penerangan tentang Buli Siber
  • Soalan & Jawapan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.