dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pemasangan Pelan Internet Pada Laptop ( Inisiatif Cerdik )

23 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2021, petugas PIK Sebandi Ulu telah membantu komuniti untuk membuat pemasangan pelan internet pada laptop pelajar yang telah mendapat pinjaman laptop dari pihak sekolah bagi golongan B40. Mereka yang hadir telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial, menggunakan ‘hand sanitizer’ dan mengimbas Kod QR MySejahtera. Program CERDIK ini merupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan (KPM), yang bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. CERDIK akan meneroka model pembelajaran digital untuk digunapakai di masa hadapan, dan bukan sekadar inisiatif sumbangan peranti untuk jangka pendek. Sekretariat inisiatif CERDIK ialah Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad. CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital untuk kira-kira 150,000 murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia dan mempelopori model pembelajaran digital untuk penggunaan masa hadapan.

Objektif CERDIK ialah seperti berikut:

  • Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir.
  • Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa hadapan apabila sekolah dibuka semula.
  • Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan.
  • Mempelopori model pembelajaran digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penggunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.