dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jelajah ICT Bersama Pengguna Telefon Pintar Dan Bantuan Khidmat Lanjutan Kepada Usahawan PIK Sebandi Ulu Bertempat Di Pekan Asajaya

1 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2021, petugas PIK telah berada di Pekan Asajaya yang terletak lebih kurang 10km dari lokasi PIK Sebandi Ulu bagi menjalankan program jelajah ICT dan bantuan khidmat lanjutan kepada usahawan PIK Sebandi Ulu. Program seumpamanya ini diadakan bagi meningkatkan ilmu keusahawanan, memantau aktiviti perniagaan dan permasalahan yang dihadapi oleh peserta lebih-lebih lagi ketika mengharungi PKPB bagi mengekang penularan COVID-19. Jelajah ini dijalankan bermula sekitar jam 8:00 pagi sehingga 9:00 pagi. Pelbagai input telah dikongsikan kepada para peserta dan semoga dengan program ini dapat membantu para peserta dalam keadaan semasa ketika ini.

Intipati program seperti berikut:

  • Ice breaking oleh para peserta berikutan cabaran perniagaan ketika pandemik COVID-19
  • Perkongsian pendapat dan cadangan untuk langkah awal mengatasi masalah yang dihadapi
  • Memberi bantuan khidmat susulan kepada usahawan PIK seperti menterjemah borang keusahawanan yang berbahasa english kepada bahasa melayu
  • Memberi penerangan berkenaan kaedah menghantar borang bantuan keusahawan kepada agensi berkaitan
  • Perincian berkenaan susun atur pelan perniagaan usahawan ditempat perniagaan
  • Peneraangan ICT seperti cara mengemaskini sistem telefon pintar dan recovery kata laluan email

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.