dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sesi Perkongsian Sempena Sambutan Girls In ICT : Wanita, Remaja Dan ICT Ke Arah Masa Depan Yang Cerah

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 30 April 2021, PIK Sebandi Ulu telah mengikuti sesi perkongsian sempena sambutan Girls in ICT yang bertajuk Wanita, Remaja dan ICT : Ke Arah Masa Depan yang Cerah selama lebih kurang dua jam. Sesi perkongsian ini diadakan menggunakan platform Zoom Meeting dan Facebook live. Banyak informasi yang bermanfaat telah dikongsikan oleh para panel terutama berkenaan pengalaman hidup dan pembelajaran mereka sehingga menjadikan mereka seorang yang berjaya seperti sekarang.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia
  • Memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional
  • Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT
  • Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.