dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bekerja Dari Rumah (BDR) - Program Pemerkasaan Usahawan Harungi PKP

5 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Program Pemerkasaan Usahawan ini bertujuan untuk mengenalpasti usahawan yang terjejas dan sekaligus memberi khidmat nasihat kepada mereka. Sebagai langkah awal, tenaga kerja PIK Sebandi Ulu telah berjaya mengesan seorang usahawan yang memenuhi kriteria tersebut. Program ini telah dilaksanakan secara bersemuka dengan mematuhi SOP PKP yang ketat. Perlaksanaan adalah berteraskan kenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaian. Kaedah sebegini sedikit sebanyak membantu mengurangkan depresi dikalangan mereka. Program ini juga memberi input kepada golongan sasaran mengenai kemahiran menggunakan microsoft office dan kaedah menghasilkan video.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Memperkasa tahap penguasaan ICT usahawan
  • Memperkukuh tahap penyampaian ‘Public Relation’ dan tahap keyakinan usahawan
  • Perkongsian idea ‘backup plan’ bagi menjana lain-lain pendapatan di musim PKP
  • Meningkatkan tahap kreativiti usahawan dalam mengharungi keadaan semasa yang tidak menentu
  • Bimbingan tadbir urus dan kewangan usahawan sebagai langkah pencegahan gulung tikar
  • Membuka lembaran baru kepada golongan pencari kerja atau bakal peniaga

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.