dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bekerja Dari Rumah (BDR) - Bimbingan Permohonan Permit BKSS Dan Sarawak Pay Secara Atas Talian

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Seperti sedia maklum, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan fasa keenam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.4 bilion dalam inisiatif terbaharunya meringankan beban rakyat menghadapi kesan penularan Covid-19 dan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di negeri ini. Satu daripada bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan negeri ialah Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada gologan penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 pada Disember melalui Sarawak Pay. Walaupun petugas PIK Sebandi Ulu masih dalam fasa Bekerja Dari Rumah (BDR), petugas berusaha untuk memberi bimbingan bagi permohonan Permit BKSS dan Sarawak Pay secara atas talian untuk komuniti setempat yang ingin memohon bantuan tersebut. Diharapkan bimbingan secara atas talian ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini.

Intipati program seperti berikut:

  • Bimbingan secara atas talian bagi memohon Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2021

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.