dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Keusahawanan Pasca PKP

20 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun sehingga 20 Jun 2020, Program Keusahawanan Pasca PKP telah berjaya diadakan selama 2 hari berturut- turut dan telah dihadiri oleh golongan suri rumah dan belia di kawasan berdekatan Pusat Internet Sebandi Ulu. Justeru, dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang langsung tidak mematahkan semangat para usahawan untuk menjana pendapatan mereka. Sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari lalu, ramai usahawan berusaha untuk datang ke Pusat Internet Sebandi Ulu untuk menimba ilmu berkaitan keusahawanan.

Antara intipati program ialah berkaitan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2020 dan mereka telah diterangkan serta diberi tunjuk ajar berkaitan cara memuat turun aplikasi Sarawak Pay dan pendaftaran aplikasi tersebut bagi tujuan penyaluran wang Permit BKSS 2020 tersebut. Di samping itu, mereka telah diterangkan berkaitan kepentingan perniagaan secara dalam talian terutamanya pada masa PKP ini. Mereka telah diajar berkaitan strategi pemasaran seperti media sosial sebagai platform untuk memasarkan produk mereka dan langkah- langkah untuk membuat poster pengiklanan menggunakan aplikasi Canva.

Intipati program adalah seperti berikut :

  • Memberi tunjuk ajar berkaitan cara memuat turun aplikasi Sarawak Pay dan pendaftaran aplikasi tersebut.
  • Pendedahan berkaitan kepentingan perniagaan secara dalam talian.
  • Mengajar tentang strategi pemasaran terutamanya menggunakan media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.