Program Jelajah ICT (“Kamek Pat Nulong”)
15 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2020, program Jelajah ICT pertama kali ini telah selesai diadakan. Program ini yang bertemakan “Kamek Pat Nulong” berasaskan “Cari dan Ajar” memberi tumpuan kepada komuniti yang tidak pernah ke PI Sebandi Ulu dan yang jarang ke Pusat Internet. Program ini yang telah bermula pada minggu terakhir Januari 2020 dan berakhir pada 14 Februari 2020 bagi fasa pertama telah berjaya membawa beberapa individu untuk singgah ke Pusat Internet bagi tujuan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Diantara bantuan dan pengajaran yang telah dihulurkan seperti daftar Gmail, daftar SPA online, cara-cara mengisi borang, cara semakan bantuan kewangan persekolahan online dan penerangan mengenai tips keselamatan dalam talian. Mereka yang terlibat terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan surirumah. Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat.
Intipati pelajaran adalah seperti berikut :
- Pendaftaran email
- Daftar SPA
- Cara Isi borang bantuan
- Cara semakan bantuan kewangan persekolahan
- Tips keselamatan dalam talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: