Program Pendedahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
6 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSeperti sedia maklum, sejumlah 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro bakal menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 mulai 30 November. Pada 5 Desember lalu, beberapa orang penduduk kampung hadir ke Pusat Internet Komuniti Sebandi Ulu untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan permohonan rayuan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0. Oleh itu, petugas PI mengambil peluang untuk menerangkan kepada mereka maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan kerajaan seperti (Geran Khas Prihatin 2.0 dan Bantuan Prihatin Nasional). Untuk makluman, bagi mereka yang gagal permohonan GKP 2.0, tempoh rayuan akan dibuka dari 7 Disember hingga 21 Disember 2020.
Intipati program adalah seperti berikut :
- Objektif utama petugas ialah memberi maklumat terkini bantuan yang disediakan kerajaan.
- Membantu komuniti bagi membuat permohonan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: