Program Dekati Komuniti (Advokasi & Ict)
11 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2020, para surirumah mengikuti kelas advokasi dan ICT. Para ibu diberi pendedahan kepada keselamatan penggunaan internet. Mereka diterangkan berkenaan dengan kesedaran advokasi. Selain itu mereka diajar menggunakan email sebagai proses komunikasi. Hal ini kerana mereka dikehendaki menghantar borang permohonan bantuan pendidikan yang disediakan oleh pihak YaPEIM menerusi email. Mereka diajar bermula dari pendaftaran alamat email, cara menggunakan email dan juga cara menghantar dokumen. Diharap ilmu ini serba sedikit memberi pengetahuan kepada ibu-ibu. Para peserta terdiri daripada komuniti Kampung Sebandi Ulu dan Kampung Sg Mata.
Intipati pelajaran adalah seperti berikut :
• Penerangan advokasi kepada komuniti
• Pendaftaran email
• Penggunaan email sebagai komunikasi dan juga penghantaran dokumen
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: