MYTV
29 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2019, staff PI telah mengedarkan risalah berkenaan dengan MYTV. MYTV merupakan projek Pendigitalan Penyiaran Nasional adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara menerusi pendigitalan dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah status negara maju menjelang 2020.
MYTV dilantik untuk membangun dan mengendalikan kemudahan infrastruktur dan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia untuk menghijrahkan sistem penyiaran negara dari analog ke digital. Oleh sebab penyiaran analog akan dihentikan pada 30 September 2019, risalah diedarkan buat kali terakhirnya di Kampung Sungai Mata untuk memberitahu kepada penduduk kampung berkenaan dengan MYTV.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: