dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas KDB Dan Microsoft Word

13 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2019 PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas KDB dan Microsoft Word kepada para suri rumah dan juga pelajar lepasan SPM. Kelas ini menayangkan video KDB iaitu video tidak pasti jangan kongsi kepada peserta tersebut dan penerangan serba sedikit bagi memahami intipati yang terdapat dalam video tersebut. Video ini amat berguna kepada ibu-ibu dan juga remaja supaya tidak mudahnya berkongsi maklumat yang tidak sahih kebenarannya. Selain itu video tersebut dapat memberi pengajaran kepada ibu-ibu berkaitan dengan maklumat sahih dan tidak sahih di laman internet.

Bagi kelas microsoft word kali ini merupakan sambungan kelas minggu lepas. Para peserta diajar berkaitan dengan “borders and shading” seterusnya mewarna jadual tersebut. Dalam pembelajaran tersebut mereka diajar untuk membuat jadual yang memiliki pelbagai kesinambungan warna yang sesuai dengan jadual masing-masing. Diharap kelas ini memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.