dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas ICT & Microsoft Office

05 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2018, PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas asas ICT dan juga Microsoft Office iaitu bertumpu kepada Microsoft Office Word & Excel. Kelas ini dihadiri oleh peserta dari golongan yang baru menamatkan zaman persekolahan dan juga golongan dewasa yang bekerja sendiri dan tengah mencari pekerjaan. Tujuan kelas ini diadakan ialah memberi latihan asas ICT seperti kegunaan alatan komputer. Pendedahan seperti ini amat berguna kepada mereka supaya mereka mengetahui kegunaan setiap alatan komputer tersebut.

Selain itu, kelas Microsoft ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara-cara menggunakan Microsoft word yang amat berguna sekali dalam mencari peluang pekerjaan. Dengan adanya kelas ini memudahkan mereka untuk membuat resume bagi menuntut keperluan memohon pekerjaan pada masa kini. Antara skop pembelajaran mereka ialah pengenalan kepada font, size font, penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan juga membina jadual menggunakan table. Pada pengakhiran kelas, mereka diberi tugasan untuk mengukuhkan lagi kemahiran mereka. Diharap kelas ini memberi manfaat kepada semua peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.