dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas e-Rezeki

12 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Program e-Rezeki diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM). PI Sebandi Ulu merupakan wakil e-Rezeki yang dipilih oleh pihak MDEC. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital. Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai atau bekerja. Program e-Rezeki membuka saluran alternatif kepada rakyat untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online. Peranan PI adalah memberi latihan asas dan bimbingan kepada pekerja digital e-Rezeki dan juga menyediakan kemudahan fasiliti komputer dan internet kepada pekerja digital eRezeki tertakluk kepada terma dan syarat di lokasi tersebut.

Pada 11 Februari 2018 seramai 20 orang peserta e-Rezeki sudah mendapat perkhidmatan dari PI Sebandi Ulu. Peserta diberi taklimat mengenai syarat menyertai program e-Rezeki. Seterusnya peserta akan diajar cara untuk mendaftar sebagai ahli e-Rezeki. Pada pengakhiran kelas tersebut, peserta diajar bagaimana mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka miliki. Diharap lebih ramai penduduk di luar sana untuk menyertai program e-Rezeki ini. Pihak kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk mendaftar sebagai pekerja digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.