Ceramah KDB, Advokasi dan E-Rezeki
30 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2018, PI Kg. Sungai Mata telah mengadakan program majlis bersama komuniti di perkarangan PI Kg Sungai Mata. PI Kg Sungai Mata telah menjemput Ketua Kampung dan juga salah seorang staff MSD untuk turut hadir bersama menjayakan program mereka pada hari tersebut.
Pihak PI Kg Sungai Mata telah menjemput salah seorang daripada PI Sebandi Ulu iaitu Encik Abdul Karim Bin Samsudin sebagai penceramah pada hari tersebut. Isi kandungan yang dibicarakan dalam ceramah tersebut adalah berkaitan dengan KDB, Advokasi dan juga e-rezeki. Tujuan ceramah tersebut ialah memberi pendedahan kepada komuniti tentang program KDB dan Advokasi yang selalu disentuh dan diketengahkan oleh setiap PI di Malaysia ini.
Untuk pengetahuan, PI Kg Sungai Mata dan PI Sebandi Ulu merupakan salah satu PI yang dipilih sebagai wakil e-rezeki di kawasan Asajaya dan Kota Samarahan. Melalui ceramah tersebut dapatlah pihak PI menerangkan serba sedikit tentang program e-rezeki dan menerangkan manfaatnya kepada penduduk kampung tersebut. Selain memberi ceramah, soalan juga diajukan kepada pendengar dan sekiranya berjaya menjawab soalan tersebut akan diberi hadiah.
Di harap program seperti ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada penduduk sekitar PI dan juga mengambil peluang terhadap segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: